Saturday 23 October 2010

Gaza Bumi Yang DiRahmati

Hari ketiga di Gaza, saya melihat keberkatan dan kerahmatan Allah untuk penduduk Gaza dan umat Islam sedunia yang menyokong dan membantu perjuangan memerdekakan Palestin dari penjajah haram rejim Zionis Israel.

Sesungguhnya Bumi ini memberi peluang kepada sesiapa yang ingin beramal, bermujahadah dan berjihad kerana Allah.

Ya Allah kurniakan kerahmatan dan kebaikkan untuk aku, keluarga ku, sanak saudaraku, jiran-jrianku, rakan seorganisasi ku, kepimpinan dan ahli-ahli Aqsa As-Syarif, IKRAM, koperasi muslimin, STAIL, SMART dan sekolah-sekolah-sekolah, institusi-institusi Islam di Malaysia seluruhnya dan seluruh dunia. Lembutkan hati-hati kami semua ya Allah untuk terus menyumbang kepada pembebasan bumi Masjidil Aqsa Yang Mulia. Amin...!

GAZA CITY 24 OKT 2010

Monday 30 August 2010

IKRAM PONTIAN HULUR SUMBANGAN DI MRSM





30 Ogos 2010, IKRAM Pontian telah menghulurkan sumbangan 'duit raya' kepada pelajar-pelajar miskin MRSM Pontian di majlis Khatam Qur'an dan Iftar Perdana MRSM. Majlis dimulai dengan bacaan qur'an, khatam qur'an, nasyid dan ucapan Pengerusi badan Muafakat serta Pengetua MRSM iaitu En Ahmad Kamal Abu Bakar. Sejumlah 37 pelajar menerima sumbangan wang tunai yang disampaikan oleh YDP IKRAM Pontian, PM Dr Mohd Zin Kandar.

Turut Hadir dimajlis ialah Pengerusi JK HRD Tarbiyah, Pengerusi Belia-Ramaja, Pengerusi Keperihatinan Sejagat IKRAM Pontian & Pengerusi JK Pembangunan Masyarakat IKRAM Johor PM Dr Nordin Yahya.

Pelajar MRSM Pontian terdiri 70% penduduk negeri Johor dan 30% dari negeri-negeri lain di Malaysia.

Sunday 29 August 2010

Semarak Ramadhan Bersama IKRAM: IKRAM Prihatin










Alhamdulillah pada 28 - 29 hb Ogos 2010 telah berlangsung program Semarak Ramadhan Bersama IKRAM di Masjid Kg Parit Masjid Pontian dan sekitarnya. Mulai Sabtu tengah hari suatu gotong royong di antara ahli-ahli IKRAM Pontian dan masyarakat setempat / kari'ah Masjid telah diadakan bagi memasak bubur lambok sebanyak dua periuk besar. Bubur lambok dibungkus di dalam bekas dan diedar ke kawasan sekitar kampung selepas solat Asar. Mereka yang lalu lalang di hadapan masjid juga berpeluang menerima sebungkus/sebekas bubur lambuk IKRAM.

Majlis Berbuka Puasa dan i'tikaf di masjid berkenaan turut diadakan seterusnya qiyamulail dan sahur. Seramai 100 ahli IKRAM seluruh Pontian hadir bersama penduduk kampung, pelajar-pelajar sekolah dan kolej berhampiran.

Pada hari Ahad pagi pula, berlangsung program IKRAM PRIHATIN. Iaitu sumbangan bungkusan makanan (termasuk beras, gula tepung dll) kepada fakir miskin sekitar bandar Pontian. Ia di jangka disertai oleh sekitar 20 Kenderaan dengan dibantu oleh penduduk kampung. Sumbangan kepada pelajar-pelajar miskin dan anak-anak yatim turut diadakan di sekolah agama Tengayun yang turut dihadiri Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah, Guru Besar dan ibu-ibu tunggal.

Paja jam 12.30 tengah hari, satu majlis khas diadakan bagi menghulurkan sumbangan IKRAM kepada saudara-saudara baru di pejabat Darul Ukhuwwah Pontian. Turut hadir ialah Pegawai Darul Ukhuwah Ustazah Nurashikin, Pengerusi badan Kebajikan Darul Ukhuwwah, En Mokhtar Tang Abdullah dan guru-guru serta sekitar 30 saudara baru di sekitar Pontian yang kebetulan sedang mengikuti kelas pengajian.

Kesemua perbelanjaan di atas diperolehi hasil sumbangan ahli-ahli IKRAM Pontian berempena Ramadhan. Ini adalah sebahagian usaha pendidikan ahli-ahai IKRAM bagi merasai keinsafan melalui aktiviti mengumpul sumbangan kewangan dan disumbangkan kepada mereka yang kurang berada. Sebagai pertubuhan yang menekankan pendidikan/tarbiyah kepada ahli-ahlinya, IKRAM berusaha menghidupkan Ramadhan melalui berbagai aktiviti dan melaksanakan program khidmat masyarakat serta sumbangan kepada mereka yang susah dan memerlukan.

Tuesday 24 August 2010

Semarak Ramadhan Bersama IKRAM: IKRAM Prihatin


Insya Allah pada 28 - 29 hb Ogos 2010 akan berlangsung program Semarak Ramadhan Bersama IKRAM di Masjid Kg Parit Masjid Pontian dan sekitarnya.
Mulai Sabtu tengah hari suatu gotong royong di antara ahli-ahli IKRAM Pontian dan masyarakat setempat / kari'ah Masjid akan diadakan bagi memasak bubur lambok sebanyak dua periuk besar. Bubur lambok akan dibungkus di dalam bekas dan akan diedar ke kawasan sekitar kampung selepas solat Asar.

Majlis Berbuka Puasa dan i'tikaf di masjid berkenaan akan turut diadakan seterusnya qiyamulail dan sahur. Dijangka sekitar 100 ahli IKRAM seluruh Pontian akan hadir bersama penduduk kampung dan sekitarnya.

Pada hari Ahad pagi pula, program dimulai dengan gotong royong membersih kawasan kubur berdekatan masjid. Mulai 8.00pagi akan berlangsung projek IKRAM PRIHATIN. Iaitu sumbangan bungkusan makanan (termasuk beras, gula tepung dll) kepada fakir miskin sekitar bandar Pontian. Ia di jangka disertai oleh sekitar 20 Kenderaan dengan dibantu oleh penduduk kampung.

Kesemua perbelanjaan di atas diperolehi hasil sumbangan ahli-ahli IKRAM Pontian berempena Ramadhan. Ini adalah sebahagian usaha pendidikan ahli-ahai IKRAM bagi merasai keinsafan melalui aktiviti mengumpul sumbangan kewangan dan disumbangkan kepada mereka yang kurang berada. Sebagai pertubuhan yang menekankan pendidikan/tarbiyah kepada ahli-ahlinya, IKRAM berusaha menghidupkan Ramadhan melalui berbagai aktiviti dan melaksanakan program khidmat masyarakat serta sumbangan kepada mereka yang susah dan memerlukan.

Monday 23 August 2010

Portfolio Jawatankuasa Pusat IKRAM Dibentuk


FRIDAY, 30 JULY 2010 20:44 AZIZ

Jawatankuasa Pusat IKRAM telah membentuk portfolio bagi menyusun gerak kerja IKRAM di peringkat pusat, negeri dan daerah. Sebanyak 16 portfolio telah dibentuk.

Jawatankuasa Pusat IKRAM yang terdiri daripada seramai 21 orang telah dipilih oleh Dewan Perwakilan Nasional.

Jawatankuasa Pusat IKRAM akan mengadakan retreat pada 7 dan 8 Ogos 2010 dan seterusnya akan melakukan lawatan kerja ke seluruh negara pada sepanjang bulan Ramadhan nanti.

Baca lanjut di http://www.ikram.org.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=69:portfolio-jawatankuasa-pusat-ikram-dibentuk&catid=3:terkini&Itemid=65


Sunday 22 August 2010

Memperingati Peristiwa Sedih Pembakaran Masjid Al-Aqsa




Setiap tahun pada tanggal 21 Ogos, para aktivis Palestin akan memperingati peristiwa sedih cubaan memusnahkan Masjid al Aqsa milik ummat Islam di seluruh dunia. Pelbagai acara di adakan mengikut kesesuaian dan kemampuan. Sambutan besar-besaran di anjurkan oleh IKRAM Selangor / AQSA Selangor dan kerajaan negeri selangor.
MaklumaT lanjut boleh dicapai di sini

http://aqsasyarif.com/video/bebaskan-al-quds/

http://www.facebook.com/SambutanHariAlQudsSedunia?v=wall&ref=mf

http://aqsasyarif.com/artikel/teks-khutbah-sempena-hari-al-quds-negeri-selangor/

Tidak ketinggalan juga para pelajar pelapis pejuang di UTM turut mengadakan program memperingati persitiwa cubaan memusnahkan al-Aqsa. Seramai 250 para aktivis berkumpul mendengar ceramah Palestin yang disampaikan oleh PM Dr Mohd Zin Kandar dari Aqsa Syarif / YDP IKRAM Pontian. Penceramah menekankan peri pentingnya para mahasiswa membina asas kekuatan diri, minda (fikrah) dan semangat (spiritual) melalui aktiviti tarbiyah yang berterusan agar penglibatan dan komitmen di dalam usaha membantu perjuangan Palestin dapat diteruskan.

Pada petang Jumaat tersebut pula diadakan majlis ucap umum di dataran Agora UTM - suatu pentas terbuka yang disediakan untuk para pelajar mengemukakan pandangan dan fikrah terhadap isu-isu nasional maupun antarabangsa. Beberapa orang pemimpin pelajar kehadapan mengutuk keras di atas kedurjanaan regim Zionis ke atas bumi Palestin.

"Memperkasa Ummah - Membebaskan Al-Aqsa"

Madrasah Ramadhan IKRAM Prihatin Daerah Pontian


Semua Kamum Muslimin/Muslimat yang tinggal di sekitar Pontian dijemput ke majlis berikut...



AQSA Pontian di Iftar Perdana Masjid TSPulai Perdana



Bermula jam 6.30 petang Ahad 22 Ogos 2010, Aqsa Syarif Pontian telah turut membuka gerai di masjid TS Pulai Perdana
sempena Majlis Iftar Perdana anjuran pihak masjid. 
En Amran (Pengerusi AQSA Pontian) dibantu oleh saudara Nizam dan Cikgu Hafiz membuat penerangan kepada para pengunjung peranan AQSA di dalam isu Palestin yang masih tidak berkesudahan.

Masjid TS P Perdana adalah di antara masjid yang aktif di kawasan ini. Selepas tarawih 8 rakaat, tazkirah disampaikan oleh Ustaz Dr Azhar mengupas surah al Baqarah ayat 186. Tarawih diimamkan oleh 2 orang hafiz dari Pattani yang bembacakan surah Yusuf.

Wednesday 18 August 2010

Kisah Ummu Salamah di program Qiyamulail




Ummu Salamah adalah seorang Ummul-Mukminin yang berkepribadian kuat, cantik, dan menawan, serta memiliki semangat jihad dan kesabaran dalam menghadapi cobaan. Nama sebenarnya Ummu Salamah adalah Hindun binti Suhail, dikenal dengan narna Ummu Salamah. Beliau dibesarkan di lingkungan bangsawan dari Suku Quraisy. Ayahnya bernama Suhail bin Mughirah bin Makhzurn. Di kalangan kaumnya, Suhail dikenal sebagai seorang dermawan sehingga dijuluki Dzadur-Rakib (penjamu para musafir) karena dia selalu menjamu setiap orang yang menyertainya dalam perjalanan. Dia adalah pemimpin kaumnya, terkaya, dan terbesar wibawanya.
Dakwah Islam yang mulia telah mampu menarik hati Ummu Salamah sehingga beliau memeluk Islam dan menjadi orang-oramg pertama yang masuk Islam bersama suaminya memulai perjuangan dalam hidup mereka.

Orang-orang Quraisy Mekah tidak senang dan selalu mengganggu dan menyiksa kaum muslimin agar mereka meninggalkan agama Islam dan kembali ke agama nenek moyang mereka. Melihat keadaan seperti itu, Rasulullah SAW mengizinkan mereka untuk hijrah ke Habasyah, sehingga mereka disebut sebagai kaum muhajirin yang pertama. Mereka menetap di Habasyah, dan di sana Ummu Salamah melahirkan anak-anaknya: Zainab, Salamah, Umar, dan Durrah.

Setelah beberapa lama, mereka berniat kembali ke Mekah, terutama setelah mendengar keislaman dua tokoh penting Quraisy, Umar bin Khaththab dan Hamzah bin Abdul-Muththalib. Akan tetapi, ternyata penyiksaan masih terus berlangsung, bahkan bertambah dahsyat. Untuk menjaga kehormatan diri dan keluarganya, Abu Salamah meminta perlindungan dari Abu Thalib dari siksaan kaumnya, yaitu Bani Makhzum, dan Abu Thalib menyatakan perlindungannya.

Dakwah Islam terus berkembang walaupun dengan pelbagai halangan, sehingga Allah membuka hati penduduk Madinah untuk menerima Islam. Kemudian Rasulullah mengizinkan kaum muslimin untuk hijrah ke sana, baik secara kelompok maupun perseorangan. Abu Salamah, istri, dan anaknya (Salamah) hijrah ke sana. Di tengah perjalanan mereka dihadang oleh kaum Bani Makhzum (kaumnya Ummu Salamah) yang kemudian merampas serta mendera Ummu Salamah. Keluarga Abu Salamah (Bani Asad) ikut campur tangan dan mereka menolak menyerahkan Salamah, bahkan si anak dirampas dan dijauhkan dari ibunya. Sedangkan Bani Makhzum menculik Ummu Salamah dan dipenjara. Adapun Abu Salamah dibiarkan ke Yatsrib dengan hati penuh kesedihan karena harus berpisah dengan istri dan anaknya.

Begitu sebahagian dari sedutan kisah dalam kuliah subuh ringkas al-fadhil Ust Hairozi di Surau Nurulsalam Tmn Pulai Indah pada 19 Ogos 2010 yang disertai ahli-ahli IKRAM Pontian dan penduduk sekitar surau. Qiyamulail diimamkan oleh al-fadhil Ust Suhaimi Jairi (SU IKRAM Pontian). Qiyam IKRAM Pontian dimulai dengan solat Isya, Tarawih, More, Tadarus, talimat, i'tikaf, Qiyam, tazkirah,, Sahur, Solat Subuh dan diakhiri dengan kuliah subuh ringkas.

Mengimbau perjuangan para sahabat dan akhawat terdahulu, banyak lagi usaha yang perlu kita lipatgandakan. Kemenangan dan kejayaan Islam di dalam dakwah dan tarbiyah sehingga mampu memasuki rumah-rumah dan istana-istana raja di luar Mekah dan Madinah ... sehingga sejauh Konstantinopol, Afrika, Asia dan Eropah ... malah ke Malaysia ini adalah kerana jihad dan mujahadah orang-orang Islam yang kental dan kuat Iman mereka. Maka sebenarnya tiada jalan pintas bagi para aktivis dan pejuang bagi meraih kejayaan Islam kecuali bersungguh-sungguh di jalan dakwah ini. Moga Ramadhan ini adalah masa kita melipatgandakan amalan dan menigkatkan ketaqwaan.

Thursday 12 August 2010

500 Pelajar Ma'had Pontian Hadir Ceramah Semarak Ramadhan




1 Ramadhan 1431, bersamaan 11 Ogos 2010 - Lebih 500 pelajar-pelajar Ma'ahad Pontian berpeluang mendengar ceramah mantap oleh Ustaz Suhaimi Jairi bertajuk "Persiapan Melalui Ramadhan" yang diadakan di dewan besar Ma'ahad Pontian. Ustaz Suhaimi adalah guru di SMK Dato' Ali Pintian dan beliau adalah S.Usaha IKRAM Pontian.

Ceramah dengan selang seli tayangan klip video Upin Ipin Berpuasa, klip Semarak Ramadhan IKRAM dan nanyian bersemangat Palestin mendedahkan pelajar akan pelbagai aspek Puasa Ramadhan termasuk perkara-perkara asas tentang ibadah puasa, beberapa KPI di bulan Ramadhan seumpama tadarus qur'an, tazkirah, infaq dll.

Selepas ceramah, edaran bahan bacaan, jadual berbuka dan sticker Ramadhan terbitan IKRAM Pontian diedarkan kepada pelajar-pelajar yang hadir. Turut hadir adalah guru-guru pembimbing atau warden asrama.

Ma'ahad Pontian adalah antara sekolah tinggi Islam yang teruung di negeri Johor yang diwujud dan senggarakan oleh Majlis Agama Islam Johor. Ma'ahad Pontian menawarkan pelajaran agama dari tingkatan 1 hingga tindkatan 6.

Tahniah Ma'ahad Pontian !

Friday 6 August 2010

WARGA MRSM PERIHATIN PALESTIN







6 Ogos 2010 mencipta sejarah di MRSM Pontian, bilamana pelajar-pelajar remaja di MRSM mengembling tenaga bersama Aqsa Syarif, guru-guru dan penaja yang budiman berjaya menganjurkan MALAM AMAL RINTIHAN SAUDARAKU PALESTIN. Ini adalah salah satu aktiviti seminggu ko-kuriklum MRSM. Di adakan di dewan besar MRSM dan dihadiri hampir 1000 pelajar dan penduduk setempat, majlis dipenuhi dengan ceramah Palestin oleh Yang Bhg, Dr Fauziah Mohd Hasan (Aktivis Aqsa Syarif Malaysia dan seorang Pakar Perubatan), PM Dr Abdull Rahim Yusof (Aqsa Syarif Johor) dan persembahan Nsayid yang mantap oleh MUAZ.

Ceramah Palestin dipersembahkan bersama tayangan media menjelaskan sejarah dan kekejaman rejim Israel laknatullah yang tidak henti-henti menyakiti, membunuh, mencedra dan ingin menghapuskan rakyat palestin dengan 1001 macam kezaliman. Namun tidak semudah itu bagi rakyat Palestin dan pencinta keamanan mengalah dan menyerah dari konspirasi Zionis Terrorist Dunia itu. Umat Islam, malah mereka yang berperikemanusiaan, tidak akan berhenti berganding bahu menyokong dan membantu perjuangan rakyat Palestin.

Bagi para pelajar MRSM dan warganya, beginilah agaknya azam dan semangat yang membara'''

"Walaupun Al-Aqsa berada dikejauhan, namun semangat dan kebersamaan rakyat malaysia, khususnya warga MRSM Pontian tetap dapat mendengar 'rintihan saudara ku Palestin'. Oh Palestin saudara kami .... kami semua bersama mu !... Kami akan terus berjuang dan berdo'a untuk yang terbaik bagi mu. Kami akan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk membantumu.

Hari ini, malam ini, di saat ini adalah titik permulaan kami... Insya ALlah langkah kami akan terus kehadapan ... berada di belakangmu wahai saudara-saudaraku Palestin. Kami akan terus melangkah saban tahun untuk berjuang bersama-sama rakan-rakan dan NGO atau sesiapa sahaja membantumu."

Majlis yang istimewa, turut di hangatkan dengan persembahan beberapa buah nasyid yang membangunkan semangat juang dan keinsafan. Abang MUAZ Dzulkifli, seorang artis nasyid yang tak asing, turut menyumbang menaikkan semangat para pelajar untuk terus berjuang membantu saudar Palestin yang sedang berjuang.

Sejumlah RM7000.00 berjaya dikumpul melalui sumbangan para pelajar, keluarga pelajar, masyarakat Pontian dan orang perseorangan melalui program ini. Cek diserahkan melalui wakil AQSA. Turut membantu dan memeriahkan majlis ialah para petugas Aqsa Syarif Pontian dan ahli-ahli Pertubuhan IKRAM cawangan Pontian.

Tahniah kepada Pengetua MRSM Pontian, para guru pembimbing, para JK pelajar dan semua warga MRSM. Jasamu dan keikhlasanmu dicatat dan akan diganjari oleh ALlah swt.

Poster, Brochure & Sticker Semarak Ramadhan





IKRAM Daerah Pontian telah mencetak bahan-bahan edaran bagi tujuan menyemarakkan lagi suasana ketibaan Ramadhan pada minggu hadapan. Semoga ahli-ahli IKRAM dan orang ramai mendapat manfaat di atas usaha kecil ini. Sila dapatkan dari naqib-naqib usrah atau AJK Ikram Pontian.

Wednesday 4 August 2010

Pelajar-pelajar MRSM mengadakan Program Semarak Ramadhan




4 Ogos 2010, Seramai lebih 700 pelajar dan staf MRSM berpeluang mendengar ceramah Semarak Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Rahman Salleh dari Sek Men Keb Kangkar Pulai. Persembahan yang menarik di selang-seli dengan tayangan video mengenai ramadhan yang diceduk dari filem Senario, Upin dan Ipin dengan di tambah dengan persembahan yang unik, membuatkan lebih 700 pelajar di surau MRSM Pontian tidak sempat lena.
Pelbagai panduan berhubung dengan ramadhan dan pelbagai tip-tip dan pengajaran diberikan kepada hadirin bagi membuat persediaan kedatangan Ramadhan yang akan tiba seminggu lagi.

Selama seminggu, MRSM mengadakan minggu aktiviti dan pada hari Jumaat ini pula akan di adakan Karnival Perihatin Palestin. Majlis akan dipenuhi dengan Nasyid oleh Muaz dan Penampilan Penceramah Aqsa Syarif yang diundang khas dari KL.

Program Semarak Ramadhan Ikram di Tmn Pulai Indah



Alhamdulillah pada 3 Ogos 2010, selepas solat Maghrib telah di adakan ceramah Semarak Ramadhan anjuran bersama pihak Surau Nurul-Salam dan Ikram Daerah Pontian. Peneramahnya ialah Ust Idris (Ahli Ikram) dan juga pensyarah UTM.
Ustaz Idris menjelas dan menghuraikan peri pentingnya membuat persediaan di bulan Sya'aban ini sebelum kedatangan Ramdhan. Rasulullah saw dan para sahabat sangat menunggu-nunggu kedatangan Ramdah kerana mereka tahu kelebihan yang tak terhingga Ramdhan berbanding bulan-bulan lain. Malah mereka kalau boleh mahukan Ramdhan ini sepanjang tahun, begitu sekali kefahaman dan keimanan mereka terhadap ajaran Islam dan mereka benar-benar memahani keistimewaan Ramdhan yang bukan sahaja terdapatnya satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan, tetapi terlalu banyak kebaikkan-kebaikkan yang mereka nak lalui dan rasi nikmat Ramdhan.
Ustaz Idis berceramah di hadapan sekitar 80 ahli jamaah taman dikalangan laki-laki wanita dan kanak-kanak. Turut hadir ialah ahli-ahli Ikram yang tinggal di sekitar Skudai dan perumahan di Jalan Pontian.

Sunday 1 August 2010

Ikram Pontian Berceramah kepada Pelajar SMK Sri Perhentian



Alhamdulillah, pada Jumaat 30 Ogos lepas, saudara Abdul Halim Ali, JK Remaja dan Belia IKRAM Pontian dan saudara Muzakir Sani telah menyampaikan satu ceramah motivasi kepada 52 orang pelajar tingkatan 3 dari SMK Sri Perhentian(SMKSP), Pontian. Slot selama dua jam ini ialah sebahagian dari Program Kecemerlangan PMR anjuran SMKSP untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR tidak lama lagi. Program di adakan di Tanjung Piai Resort, bermula pada jam 9.30 malam dan berakhir sekitar 11.40 malam. Terimakasih pada kaunselor SMKSP, Puan Rozita dan Puan Zahlia yang telah menjemput kami. Selamat menempuh peperiksaan pada semua pelajar.

Kejohanan Futsal Belia IKRAM Pontian.








Ahad 1 Ogos- Alhamdulillah Kejohanan Futsal Belia IKRAM Pontian telah disempurnakan tadi, bertempat di IM Sports and Entertainment, Bandar Pontian. Kejohanan ini telah disertai oleh 6 pasukan. 3 pasukan tuan rumah, 2 dari IKRAM JBT dan 1 pasukan dari IKRAM Kulaijaya.

Kejohanan di mulakan pada jam 11.30 pagi dengan penerangan ringkas IKRAM dan tazkirah oleh YDP IKRAM Pontian, Prof Madya Dr. Mohd Zin Kandar. Seterusnya penerangan tentang peraturan pertandingan oleh Pengarah Program, saudara Nazeri Deraman.

Syabas diucapkan kepada penganjur kejohanan, JK Remaja dan Belia IKRAM Pontian. Tahniah kepada semua peserta dan tahniah kepada pasukan IKRAM JBT (B) yang menjadi johan.

Bukan hadiah yang menjadi rebutan, tapi ukhuwwah yang diutamakan. Para peserta sempat menunaikan Solat Zohor berjemaah di gelanggang sebelum final dan perlawanan penentuan Johan, naib johan, tempat ke 3 dan 4.

Johan dimenangi oleh team IKRAM JBT (B): Menang semua perlawanan dan seri 1..tahniah. Tempat ke-2: Pontian A. Tempat ke-3: Pontian B dan tempat ke4- Pasukan IKRAM Kulaijaya. ada seorang pemain import dari Pontian.

Sekian, moga dapat berjumpa lagi di kejohanan akan datang.

Thursday 29 July 2010

Karnival Futsal Pemuda IKRAM Pontian

Tempat: Pontian
Tarikh: 1 Ogos 2010
Penyertaan: Pemuda 18 tahun ke atas.

Rehlah Keluarga Ikram Pontian







25 Julai 2010, sekitar 25 keluarga Ikram Pontian menyertai program Rehlah yang julung kali dianjurkan Ikram Pontian. Program diuruskan oleh Jawatankuasa Kebajikan Ikram Pontian yang dipengerusikan oleh Sdr Mohd Nor Othman. Program di adakan di pantai Rambah Pontian bermatlamatkan mengeratkan silaturrahim dikalangan aktivis Ikram Daerah Pontian di samping membudayakan carahidup sihat melalui aktiviti luar, riadah dan menikmati keindahan landskap luar bandar Malaysia. Suami, Isteri dan anak-anak yang berjumlah hampir 100 orang memulai aktiviti dengan riadah ringan, diikuti dengan ucapan alu-aluan Sdr Mohd Nor, ucapan YDP Ikram Pontian, PM Dr Mohd Zin Kandar, Tazkirah oleh Ust Hairozi dan sessi taaruf. YDP Ikram Johor, Prof Dr Arshad dan keluarga turut hadir.
Ikram Pontian dianggotai oleh segenap golongan dari kalangan pelajar, guru-guru, pensyarah, pegawai-pegawai kerajan, usahawan dan orang awam. "Ukhuwwah Teras Kegemilangan" adalah moto IKRAM dan hakikat ukhuwwah ini yang cuba diperkasakan IKRAM Pontian sebelum usaha-usaha pengemblingan tenaga ummah bagi melaksanakan dakwah dan tarbiyah sebagai misi membawa masyarakat kearah Ubudiyah/Pengabdian kepada ALlah swt di dalam segenap aktiviti kehidupan.
Rehlah diakhiri dengan jamuan 'pot-luck' yang dibawa oleh ahli Ikram dan kemudian keluarga masing-masing melawat sekitar Rambah yang menjadi salah sebuah tempat pendaratan nelayan di sekitar Pontian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...