Wednesday 16 February 2011

Khatibah & Qiyam Bulanan IKRAM Pontian




Pada 14 Februari 2011 (Isnin), Pertubuhan IKRAM Pontian telah mengadakan program Katibah di pejabat IKRAM Pontian beserta dengan program qiam yang diadakan di masjid Rimba Terjun. Program dihadiri ahli-ahli dan IKRAM dan rakan-rakan IKRAM. Pengisian bertajuk Kenikmatan Usrah disampaikan oleh Ustaz Hairozi.

Khatibah adalah suatu program pendidikan (tarbiyah) ahli-ahli bagi mencapai kualiti peribadi muslim yang beramal dan berakhlak. Acara program umumnya adalah di dalam bentuk pengisian fikri (ceramah ringkas) dan ruhi (pengisian hati untuk meningkatkan keimanan) juga latihan amalan-amalan solat, zikir, bacaan qur'an dan berdo'a untuk memohon keridhaan Allah di dalam hidup individu, berkeluarga, berjamaah dan bermasyarakat.

Pada malam yang sama, ahli-ahli wanita IKRAM Pontian turut mengadakan program yang sama di Tmn Pulai Indah.

Gambar-gambar boleh dilihat di capaian berikut:-

http://www.facebook.com/album.php?aid=112129&id=1427897923

Perlawanan Persahabatan Badminton IKRAM Pontian





Jumaat malam 11 Feb 2011 telah berlangsung Perlawanan Persahabatan Badminton IKRAM Pontian di Pekan Nenas. Dianjurkan oleh JK Pemuda & Remaja IKRAM Pontian, perlawanan disertai oleh ahli-ahli IKRAM Pontian dan rakan-rakan dikalangan guru-guru sekolah di sekitar Pontian dan Pekan Nenas. Tahniah.

Tuesday 8 February 2011

Ceramah Palestin & Perkongsian Misi Kemanusiaan ke Gaza


Satu ceramah bertajuk di atas Insya Allah akan diadakan di Masjid Jami' Air Baloi Pada Hari Jumaat 11 Februari 2011.

Ceramah akan disampaikan oleh Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar iaitu Pengerusi IKRAM Pontian dan beliau adalah ketua konvoi kemanusiaan Aqsa2Gaza yang telah melepasi sekatan Israel terhadap Gaza pada 21 Oktober 2010 yang lalu.

Muslimin & Muslimat dijemput hadir.

JK Pemuda merancang untuk mengadakan rogram TAUFIK, iaitu Tautan Ukhuwwah Fillah IKRAM Pontian

Tarikh: Ahad 13 Febuari

Jam 9.00 -11.00 pagi

Tempat: Pejabat IKRAM Pontian

No 16-01, Jalan Delima 7, Pusat Perdagangan Pontian

Aturcara: Pengisian (Cikgu Amran), LDK dan Pengenalan IKRAM Pontian

Sasaran progerm ini ialah rakan-rakan Pemuda dan Pemudi IKRAM yang sekian lama mempunyai hubungan dengan pemuda/i IKRAM Pontian.

Objektif program ialah untuk memperkenalkan dan menawarkan kepada mereka untuk menganggotai IKRAM.

Semoga Program diberkati dan dipermudahkan Allah SWT.

IKRAM PONTIAN BANTU MANGSA BANJIR






Banjir yang melanda selatan tanah air telah juga mengenai sebahagian daerah di Pontian Johor. Relawan IKRAM Pontian yang diketuai oleh Setiausahanya Ust Suhaimi Jari adalah di antara NGO yang turut membantu dengan barang-barangan keperluan seharian.

Hasil kutipan dari ahli-ahli IKRAM Pontian, barang-barangan makanan asas telah dapat di agih-agihkan kepada para magsa banjir di pusat pemindahan di Bukit Panjang dan Melayu Raya.
Dipaparkan beberapa gambar relawan sedang meredah banjir dan gambaran mangsa-mangsa dan rumah yang ditenggelami air.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...