Sunday 26 June 2011

IKRAM Pontian Berjaya Anjur Program Jom Jadi Sihat











26 Jun 2011 bersamaan 24 Rejab 1432, satu lagi sejarah berjaya dilakukan oleh ahli-ahli IKRAM Pontian, khususnya Wanita IKRAM dengan kerjasama Jawatankuasa dan ahli-ahli kariah masjid Jamek Al-Faizin Kg Pt Semerah kerana penganjuran Karnival Jom Jadi Sihat (JJS).

Bermula jam 8.00 pagi di perkarangan masjid persiapan karnival JJS, ahli-ahli IKRAM mula membuat persiapan. Pengunjung mula sampai sekitar jam 8.30 pagi dan sekitar 9.30 bermula acara perasmian JJS dan selepas itu dikuti dengan acara forum JJS di dewan sembahyang masjid.

Di perkarangan masjid, pelbagai aktiviti pameran oleh IKRAM dan Aqsa Syarif, jualan oleh penggerai dan pemeriksaan kesihatan oleh kakitangan jabatan kesihatan Pontian dijalankan.

Program JJS adalah suatu inisiatif Biro Wanita dari Pertubuhan IKRAM Malaysia Pontian dengan kerjasama Pegawai-pegawai dan jamaah masjid Jamek Kg Pt Semerah Pontian. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat di samping mendedahkan ahli-ahli IKRAM dengan kerja-kerja kebajikan di dalam masyarakat di samping mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat.

Sebagai pertubuhan NGO yang mempunyai misi untuk melakukan kerja-kerja kebajikan dan pendidikan, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) membuka keahlian kepada semua golongan dalam masyarakat Islam tanpa mengira status dan latar belakang. IKRAM mengalakkan ahli-ahlinya melibatkan diri di dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan. Progra JJS ini adalah salah satu program yang dirancang khusus agar IKRAM dapat berganding bahu dengan agensi-agensi kerajaan seperti Pejabat Kesihatan, pejabat Kadhi dan pejabat Agama Pontian mendidik masyarakat akan kepentingan menjaga kesihatan dan hidup sihat sepanjang hayat.

Selain dari menyentuh perkara di atas, YDP IKRAM Pontian, PM Dr Mohd Zin Kandar di dalam ucapannya menjelaskan secara ringkas objektif dan aktiviti yang telah dijalankan di Pontian.

Di dalam ucapan perasmian majlis yang disempurnakan oleh Pegawai Jabatan Agama Pontian (bhg Pengurusan Masjid & Surau), Tn Hj Muntaha Hj Tua yang mewakili Yg Bhg Tuan Kadhi Pontian menjelaskan bahawa jabatan agama sentiasa menyokong ngo Islam yang melaksanakan usaha mendidik masyarakat dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan. Beliau memetik betapa sedihnya keadaan masyarakat dari segi sosial di mana di Malaysia ini kes kelahiran luar nikah semaki meningkat dengan catatan 2 kelahiran setiap jam, bermakna purata 48 orang sehari.

Kehadiran IKRAM di Pontian mendapat sokongan padi dari jabatan agama dan sedia beekrjasama di dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat kepada masyarakat.

Turut berucap di majlis perasmian ialah Pengerusi kariah masjid, Tn Hj Muhammad dan do'a pembukaan oleh tuan Imam masjid, Ust Hj Shafie Muhammad.

Forum JJS - Sihat Sepanjang Hayat telah disampaikan oleh Ustaz dari Sek Dato' Penggawa Barat dan Dr Murniati dari Hospital Sultanah Aminah.

Bagi kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah, acara peraduan mewarna dan melukis telah juga diadakan serentak dengan majlis forum.

Sesuatu yang sangat bermanfaat di dalam program ini ialah pemeriksaan glukos di dalam darah dijalankan oleh pegawai-pegawai jabatan Kesihatan secara percuma. Para pengunjung yang menjalani pemeriksaan, seandainya kandungan gula dalam darah didapati melebehi 7, para pengunjung akan terus diberikan kad kuning untuk membuat temu janji di Hospital Pontian. Dengan itu, mudahlah para penduduk mendapat pemeriksaan lanjut dengan segera.

Sekitar 300 pengunjung hadir di dalam karnival JJS dan IKRAM bercadang untuk mengadakan program yang sama di masjid-masjid lain di sekitar Pontian pasa masa-masa akan datang.


Saturday 11 June 2011

KARNIVAL WANITA IKRAM PONTIAN



JOM JADI SIHAT

26 JUN 2011 (AHAD); 8.30AM - 4.30PM

PELBAGAI AKTIVITI MENARIK ...
SEBARKAN...

Friday 10 June 2011

Kematangan digarap melalui kepelbagaian wasilah tarbiyah







Bermula tarbiyah dengan keinsafan dan kerendahan
hati. Sedar akan kekerdilan diri dan kelemahan kefahaman dan keimanan.
Hati perlu dilembutkan dengan pimpinan al-Qur'an, bimbingan hadith dan sentuhan sirah perjalanan para sahabat radiallahu'anhum. Para sahabat berjaya dibangunkan iman dan amal setelah hati-hati mereka tunduk dan akur dengan ajaran Rasulullah saw.
Maka beruntunglah Abu Bakar, Ali, Bilal dan semua sahabat Rasulullah saw kerana kesediaan merendahkan hati dan ditarbiyah di dalam madrasah Rasulullah SAW. Lantas mel
onjak iman, terserlah amal, terpaut ketaatan dan terpancar jihad.
Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak mudah untuk mengapai kemanisan iman dan amal. Mujahadah, pengorbanan dan jihad dengan kepelbagaian method dilalui. Dari bertembung dengan quraish di Mekkah, langsung merentasi padang pasir berhijrah ke Madinah. Pelbagai gazwah / ekspidisi / peperangan ditempuhi dan disertai mereka. Setiap penyertaan dan kesempatan tersebut mempasakkan dihati mereka latihan-latihan dan pembangunan keupayaan (capacity building) dengan ketinggian iman dan amal, Pelbagai peristiwa yang mereka lalui itu memberikan pengajaran, latihan dan didikan agar tercerna ketaatan, kasih sayang, ukhuwah, jiddiyah dan kekuatan jihad.

Maka oleh itu seandainya kita inginkan kekuaatan dan kehebatan para sahabat tercerna di dalam diri, penyertaan di dalam kepelbagaian tarbiyah perlu juga dilalui. Bagi mereka yang inginkan kehebatan iman dan taqwa, maka laluilah kepelbagaian tarbiyah dengan penuh komitmen dan kesungguhan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...