Telah banyak kita perkatakan tentang kezaliman yang berlaku ke atas rakyat Syria. Kini ruang untuk menyumbang terbentang luas.
Hello world!
6 years ago
Blog Pertubuhan IKRAM Malaysia Daerah Pontian

















Penduduk Kampung Maju Jaya begitu bertuah pagi ahad lalu 12 Feb 2012, apabila sambutan Maulidur-Rasul yang mereka anjurkan di Masjid kampung mereka dikejutkan dengan kunjungan ahli Parlimen Palestin iaitu Sheikh Dr Muhamamd Shehab dan rombongan Aqsa Syarif serta ahli jawatankuasa IKRAM Pontian.
Majlis yang dihadiri lebih 250 orang penduduk di kalangan para pemimpin masyarakat setempat, penduduk kampung dan para pelajar sekolah adalah merupan program tahunan sambutan Maulidur Rasul kampung tersebut. Penceramah jemputan pada tahun ini ialah Prof. Madya Dr Mohd Zin Kandar dengan tajuk "Kehidupan Rasulullah S.A.W. dan Perjuangan di Palestin Kini" disampaikan dengan bantuan persembahan multimedia.
Para hadirin didedahkan tentang pribadi Rasulullah SAW sebagai bukan sahaja seorang Rasul yang mengajarkan perkara-perkara berhubung akidah, ibadah, akhlak dan syariat, tetapi Rasulullah SAW juga adalah seorang pendidik (murabbi) dan pejuang kebenaran dan kemanusiaan yang telah berjaya membangun suatu ummah Islam (Generasi Qur'an) dan berjaya membawa umat manusia untuk tunduk dan patuh kepada Allah dan ajarannya. Di dalam perjuangan Rasulullah SAW, jihad dan pengorbanan adalah sebahagian dari misi kerasulannya. 
Selepas ceramah yang disampaikan Dr Mohd Zin, tetamu Palestin diberikan peluang menyampaikan sepatah dua kata dan nasihat kepada para hadirin untuk sama-sama membantu perjuangan rakyat Palestin. Ucapan beliau diterjemahkan oleh Ust Suhaimi Jairi (Setiausha IKRAM Pontian). Turut hadir juga ialah Pengerusi JK Pemuda-Remaja IKRAM Pontian (En Abdul Halim), Pengerusi JK Kemasyarakatan IKRAM Pontian (Ustazah Siti Mariah) dan Pengurus Aqsa Syarif Bandaraya Johor Bahru, Ustaz Rofazlin Jusuh.
Di dalam ucapan alu-aluan di awal majlis, Pengerusi JK Majlis sambutan, En Ruslan Abu Bakar menyatakan kesyukuran dan bertuahnya di atas kedatangan wakil Palestin walaupun tidak dirancang. Majlis diserikan dengan bacaan Qur'an dan nasyid kanak-kanak. Tn Hj Md Noor (Ketua Kampung) dan Hj Mahmud Kartubi (Imam) turut bersyukur dan mengharap agar kerjasama dengan pertubuhan IKRAM dan Aqsa Syarif dapat diteruskan.