

Dengan Nama Allah Yang maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
4.1 Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
4.2 Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
4.3 Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam; 4.4 Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;
4.5 Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;
4.6 Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
4.7 Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
4.8 Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.
Manakala aktiviti IKRAM pula adalah seperti berikut:-
9.1 Dakwah
IKRAM berusaha menyampaikan dan menyebarkan risalah Islam kepada segenap lapisan masyarakat menggunakan pelbagai media, cara dan metodologi.
9.2 Tarbiyyah
9.2.1 Tarbiyyah IKRAM dilaksanakan untuk membina ahli IKRAM dan menghidupkan hakikat beriltizam kepada Islam secara teori dan amali, pada peringkat diri, keluarga dan masyarakat.
9.2.2 IKRAM menekankan pendidikan ahli keluarga dengan tarbiyyah yang menyeluruh mengikut Qur’an dan Sunnah.
9.2.3 Tarbiyyah IKRAM berperanan membina ukhuwah yang benar dan sikap bekerjasama di antara satu dengan yang lain, sehingga dengannya diharap akan terterap fikrah kesatuan Islam.
9.2.4 IKRAM berusaha untuk membentuk generasi yang memahami Islam dengan fahaman yang jelas, mempraktikkan syari’atnya dan mengarahkan kemajuan mengikut dasarnya.
9.2.5 IKRAM berusaha memberi nasihat dan mengutarakan pandangan Islam sebagai dasar dalam semua urusan kemasyarakatan termasuk pendidikan, pembelajaran, perundangan, kehakiman, media massa, pentadbiran, pertahanan, politik, ekonomi, kesihatan dan pemerintahan.
9.2.6 Membangun institusi pendidikan, kemasyarakatan, ekonomi, sains dan teknologi, hospital, rumah perlindungan dan rumah kebajikan.
9.2.7 Melakukan kerja-kerja kebajikan.
9.2.8 Melaksanakan pengislahan individu dan keluarga, dan berusaha membenteras penyakit sosial seperti zina, penyalahgunaan dadah, minuman keras, judi dan amalan khurafat.
9.2.9 Mewujudkan platfom bagi membimbing para remaja dan belia dengan perkara yang berfaedah.
9.2.10 Menerima derma dan sumbangan wang daripada ahli IKRAM, pertubuhan dan orang awam untuk mencapai matlamat IKRAM.
9.2.11 Melakukan sebarang usaha yang sah dari segi undang- undang untuk meningkatkan sumber kewangan IKRAM, termasuk melakukan usaha perniagaan. Keuntungan dari perniagaan akan dilaburkan kembali atau digunakan untuk aktiviti dan kepentingan IKRAM.
Semoga kehadiran IKRAM membawa kebaikkan kepada Malaysia dan rakyatnya. Allahu Akbar.