Sunday, 14 August 2011

IHYA RAMADHAN: IFTAR JAMAIE & PELANCARAN TABUNG INFAQ RAMADHAN

Alhamdullilah, pada 6 Ogos 2011 bersamaan 6 Ramadhan 1432, Pertubuhan IKRAM Malaysia cawangan Pontian dengan kerjasama Jawatankuasa dan ahli-ahli kariah masjid Jamek Al-Faizin Kg Pt Semerah telah mengajurkan Iftar Jamaei dan pelancaran tabung Infaq Ramadhan.

Majlis berkenaan dimeriahkan lagi dengan “Program IKRAM Junior: I Love Ramadhan” yang bermula pada 5 petang pada hari dan tempat yang sama. Program tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Aulad IKRAM Pontian. Antara akitiviti program IKRAM Junior adalah tazkirah, peraduan mewarna, sesi bercerita dan tayangan.



Tazkirah Ramadhan



Peraduan mewarna



Sesi bercerita dan tayangan


Sekitar 100 pengunjung hadir di dalam majlis Iftar Jamaei yang terdiri daripada ahli dan keluarga IKRAM Pontian, Pegawai-pegawai dan jamaah masjid Jamek Kg Pt Semerah Pontian. Selepas solat Tarawih, diadakan majlis pelancaran 3 tabung Infaq Ramadhan: Tabung Rayuan Ramadhan, Tabung Palestin A2G2 dan Tabung IKRAM Perihatin - Bingkisan Ramadhan. Dalam majlis perlancaran tersebut, TYDP, Tn Hj. Ghazali telah menerangkan objektif setiap tabung. YDP PM Dr Mohd Zin Kandar selaku peserta Misi Kemanusian ke Gaza turut menerangkan lebih lanjut berkenaan Tabung Palestin A2G2.

Program Ihya Ramadhan diteruskan dengan program Qiam dan tazkirah.



Iftar jamaei






TYDP menyampaikan ucapan pelancaran



YDP menerangkan lebih lanjut mengenai A2G2


Para pendengar majlis pelancaran



Para petugas



Tazkirah oleh Ust. Suhaimi





Thursday, 28 July 2011

Semarak Ramadhan IKRAM Pontian

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) sedang menjalankan kempen Semarak Ramadhan dengan bertemakan “Ramadhan..Bermula Suatu Perubahan..” bagi mengajak masyarakat membuat anjakan paradigm dalam menyambut bulan Ramadhan.

Realiti tumpuan masyarakat Islam hari ini lebih tertumpu kepada menyambut Aidilfitri di bulan Syawal berbanding dengan Ramadhan. Sedangkan nilaian Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW lebih menjurus kepada penghayatan Ramadhan.

Dengan ini, IKRAM menyeru masyarakat agar:

- bersungguh-sungguh mengalu-alukan kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak

- menyemarakkan rasa rindu untuk bertemu dengan Ramadhan

- membuat persediaan mental, jasad dan rohani menjelang Ramadhan

- berazam untuk beramal sebaik-baiknya dalam bulan Rmadhan kali ini.

Sehubungan dengan ini, IKRAM Pontian telah dan akan mengadakan ceramah Semarak Ramadhan di Masjid dan Surau dalam daerah Pontian dan disekitarnya, seperti berikut:


Tarikh

Tempat

Penceramah

14/7

Pusat Aktiviti KRT Jalan Meranti Taman Sri Pulai

Us. Suhaimi

22/7

Masjid Kg. Parit Masjid Pontian

Us. Suhaimi

23/7

MRSM Pontian

Us. Suhaimi

24/7

SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian

Us. Suhaimi

25/7

Maahad Pontian

Us. Suhaimi

26/7

Surau Taman Utama, Pekan Nanas

Us. Suhaimi

27/7

Masjid Al Faizin, Kg. Pt Semerah

Us. Suhaimi

28/7

Masjid Rimba Terjun

Us. Rozamli

29/7

SMK Sri Tanjung, Benut

PM. Dr. Mohd Zin





SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian



MRSM Pontian


Masjid Kg. Parit Masjid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...