Monday, 24 May 2010

Jawatankuasa IKRAM Pontian Melangkah dengan Keyakinan

Di dalam Mesyuarat Penubuhan Daerah (MPD) IKRAM Pontian pada 21 April 2010 bersamaan 8 Jamadil Awal 1431, seramai 11 orang terpilih menerajui pertubuhan ini di daerah Pontian. Pada hari ini 24hb Mei 2010, empat lagi JK tambahan dilantik di dalam mesyuarat JK pertama, menjadikan JK IKRAM Pontian berjumlah 15 orang yang terdiri dari mereka yang sudah sekian lama berkecimpung di dalam kerja-kerja dakwah dan kemasyarakatan. Mereka juga dikalangan pimpinan masyarakat, pendidik, pentadbir, ahli profesional dan usahawan.

Kebanyakkan mereka memiliki pengalaman belajar dan aktif sebagai pemimpin pelajar di dalam dan ketika belajar di luar negara. Sebelum menyertai IKRAM, mereka sudah belasan tahun berpengalaman mengendalikan aktiviti dakwah, pelbagai kem motivasi dan ada juga yang berpengalaman memimpin institusi pendidikan Islam. Pengalaman yang luas dimiliki mereka semua meyakinkan bahawa IKRAM Pontian akan dapat digerakkan dengan berkesan Insya Allah bagi menyempurnakan matlamat penubuhan IKRAM.

IKRAM Pontian akan berusaha menawarkan pelbagai aktiviti, modul dan bimbingan kepada masyarakat, institusi dan agensi-agensi kerajaan dan swasta ke arah melahirkan individu yang bertaqwa dan masyarakat yang sejahtera. Pelbagai modul pendidikan, kebajikan, dakwah dan tarbiyah sudah tersedia untuk dilancar dan dilaksanakan. Dengan keahlian sehingga kini seramai 80 ahli, IKRAM akan memulakan pendekatan Taaruf, Tafahum dan Takaful (berkenalan, bersefahaman dan saling membantu) kepada masyarakat di daerah Pontian.

Beberapa biro di dalam struktur organisasi daerah diwujudkan yang diketuai oleh AJK sendiri akan membentuk JK kecil dan menawarkan kepada masyarakat pelbagai lapisan untuk menyertainya. Di antara yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat ialah pendidikan dan dakwah Islam, kempen kefahaman Palestin melalui Aqsa Syarif, Tarbiyah dan Pendidikan anggota serta khidmat kemasyarakatan kepada masyarakat kampung dan taman.

Berikut adalah AJK IKRAM Pontian yang dipilih dan dilantik:-

PM Dr Mohd Zain Kandar

Tn Hj Mohd Ghazali Ibrahim

Hjh Haliza bt Abdul Malik

Ust. Suhaimi bin Jairi

Prof Dr Wahid Omar

Dr Mohd Soperi Bin Mohd Zahid

PM Dr Wan Saridan Wan Hassan

En. Radzuan Ahmad

En. Amran Rahmat

En. Abd Halim Mohd Ali

PM Dr Razali Ngah

Dr Faizol Amri

Amran Rahmat

Dr Muzaffar /En Ahmad Taufiq Jaafar

PM Mohd Nor b Othman

PM Dr Shamsudin Ahmad/ En Sazali b Abdul Manaf

Maklumat lanjut boleh menghubung YDP IKRAM Pontian di nombor 013-4352539 atau drzin2000@yahoo.com.


Friday, 26 February 2010

Ikram Pontian Beroperasi



Dengan Nama Allah Yang maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Pada 6 & 7 Mac 2010 adalah penciptaan suatu sejarah di Malaysia apabila buat pertama kalinya berlangsung Perhimpunan Ahli Teras (PAT) IKRAM Malaysia yang pertama di Kelang. Lebih 1000 ahli teras IKRAM dari seluruh negara termasuk dari Sabag dan Sawarak berhimpun bagi satu tujuan untuk mendengar amanat-amanat gerak kerja dakwah bagi fasa kemunculan sebuah Harakah Islamiah Hakikiyah di Malaysia.
Sekali gus pemilihan ahli-ahli umum Dewan Perwakilan Nasional (DPN) dilaksanakan buat julung kalinya. ang terbaik dari kalangan yang terbaik telah dipilih di dalam pemilihan yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemilih ('SPR').
Di hari ini, tercipta suatu sejarah apabila suatu barisan pimpinan harakah Islamiyah bernama IKRAM mulai terbentuk bersama suntkan semangat yang terbina dari asas kefahaman dan keimanan bagi mencetus dan menggerakkan gerak kerja dakwah dan tarbiyah di seluruh negara.

Ia kemudian diikuti dengan Mesyuarat Penubuhan Daerah (MPD) dan pemilihan jawatankuasa daerah di adakan (Daerah Pontian pada 21 April 2010). Pada 16 hb Mei 2010 pula berlangsung Majlis Pemilihan Negeri (MPN) untuk negeri Johor Darul Takzim.

Penubuhan IKRAM adalah bermatlamat;

4.1 Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;

4.2 Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;

4.3 Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam; 4.4 Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;

4.5 Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;

4.6 Menegakkan syariat Islam secara praktikal;

4.7 Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;

4.8 Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.


Manakala aktiviti IKRAM pula adalah seperti berikut:-

9.1 Dakwah

IKRAM berusaha menyampaikan dan menyebarkan risalah Islam kepada segenap lapisan masyarakat menggunakan pelbagai media, cara dan metodologi.

9.2 Tarbiyyah

9.2.1 Tarbiyyah IKRAM dilaksanakan untuk membina ahli IKRAM dan menghidupkan hakikat beriltizam kepada Islam secara teori dan amali, pada peringkat diri, keluarga dan masyarakat.

9.2.2 IKRAM menekankan pendidikan ahli keluarga dengan tarbiyyah yang menyeluruh mengikut Qur’an dan Sunnah.

9.2.3 Tarbiyyah IKRAM berperanan membina ukhuwah yang benar dan sikap bekerjasama di antara satu dengan yang lain, sehingga dengannya diharap akan terterap fikrah kesatuan Islam.

9.2.4 IKRAM berusaha untuk membentuk generasi yang memahami Islam dengan fahaman yang jelas, mempraktikkan syari’atnya dan mengarahkan kemajuan mengikut dasarnya.

9.2.5 IKRAM berusaha memberi nasihat dan mengutarakan pandangan Islam sebagai dasar dalam semua urusan kemasyarakatan termasuk pendidikan, pembelajaran, perundangan, kehakiman, media massa, pentadbiran, pertahanan, politik, ekonomi, kesihatan dan pemerintahan.

9.2.6 Membangun institusi pendidikan, kemasyarakatan, ekonomi, sains dan teknologi, hospital, rumah perlindungan dan rumah kebajikan.

9.2.7 Melakukan kerja-kerja kebajikan.

9.2.8 Melaksanakan pengislahan individu dan keluarga, dan berusaha membenteras penyakit sosial seperti zina, penyalahgunaan dadah, minuman keras, judi dan amalan khurafat.

9.2.9 Mewujudkan platfom bagi membimbing para remaja dan belia dengan perkara yang berfaedah.

9.2.10 Menerima derma dan sumbangan wang daripada ahli IKRAM, pertubuhan dan orang awam untuk mencapai matlamat IKRAM.

9.2.11 Melakukan sebarang usaha yang sah dari segi undang- undang untuk meningkatkan sumber kewangan IKRAM, termasuk melakukan usaha perniagaan. Keuntungan dari perniagaan akan dilaburkan kembali atau digunakan untuk aktiviti dan kepentingan IKRAM.


Semoga kehadiran IKRAM membawa kebaikkan kepada Malaysia dan rakyatnya. Allahu Akbar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...