Saturday 17 July 2010

IKRAM PONTIAN HADIR DI MUZAKARAH IKRAM JOHOR




11 Julai 2010, Suatu program muzakarah IKRAM Johor telah di adakan. AJK IKRAM Pontian turut hadir. Beberapa perkara dimuzakarahkan dengan pembukaan

oleh YDP IKRAM Johor Prof. Dr. Arshad yang telah memberikan semangat dan harapan tinggi terhadap IKRAM seluruh Johor. YDP menekankan sesungguhnya kepimpinan Ikram Johor hakikatnya
adalah pemimpin dan pemimpin perlu ada misi dan visi yang jelas selain memiliki kebijaksanaan di dalam memimpin organisasi dan mengemblengkan tenaga di kalangan ahli-ahlinya.
Resolusi yang penting di dalam muzakaran ialah perlunya setiap daerah mempunyai struktur pentadbiran IKRAM sebagaimana wujudnya di peringkat negeri Johor iaitu:-

a. PEJABAT YDP

b. JK PEMBANGUNAN MASYARAKAT

c. JK PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

d. JK BELIA & REMAJA

e. JK TULLAB

f. JK WANITA

g. JK MASYARAKAT MADANI

h. JK PEMBELAAN UMMAT SEJAGAT

i. JK ROSE IKRAM

j. JK KHIDMAT MASYARAKAT IKRAM

k. JK PENERANGAN IKRAM

Insya Allah IKRAM Pontian akan menyambut dengan penuh persediaan di dalam menjalankan misi mencapai matlamat IKRAM khususnya di Daerah Pontian.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...