Sunday 26 February 2012

JK IKRAM Pontian Hadir Majlis Maulid Di Kg Sawah
















26 Feb 2012 (Ahad), YDP, TYDP, S/U, P S/U dan Ketua Belia & Remaja IKRAM Pontian hadir di majlis sambutan MaulidurRasul Surau AL-Firdaus, Batu 4 Kg Sawah Pekan Nenas.
Majlis pada pagi yang cerah dimulai dengan bacaan do'a oleh Imam surau al-Firdaus iaitu Tn Hj Kasnin Abdul Jalal kemudian diikuti oleh bacaan ayat-ayat Qur'an oleh adik Noradlina, ucapan alu-aluan oleh Ketua Kampung Hj Paimin Sapun dan majlis marhaban oleh kesemua yang hadir sebelum ceramah Maulid yang disampaikan oleh YDP IKRAM Pontian iaitu Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar.

Dr Mohd Zin menyampaikan caramah bertajuk "Peribadi Rasulullah S.A.W. dan Perjuangan Di Palestin Hari Ini" dengan terlebih dahulu menghuraikan akan keunggulan pribadi Rasulullah S.A.W. dengan mengenengahkan sifat-sifat Rasulullah yang unggul dan perlu menjadi contoh dan tauladan seluruh umat hari ini. Kehebatan Rasulullah di dalam menjalani hidup sebagai Rasul dan pemimpin masyarakat lebih 1433 tahun yang lalu sangat dikagumi kawan mahupun lawan sehingga sukar untuk menafikan bahawa bagindalah merupakan individu terbaik pernah lahir di muka bumi ini.

Kehebatan Rasulullah boleh dilihat di dalam pelbagai sudut dan peranan yang dipikul oleh Rasulullah S.A.W. Beliau telah begitu cemerlang sekali memainkan peranan sebagai ketua keluarga, guru (pendidik) atau murabbi, sebagai pemimpin masyarakat, sebagai ketua tentera, sebagai imam, sebagai pemimpin politik dan sebagai pemimpin ummah.

Kehadiran Rasulullah telah membawa rahmat seluruh alam sehigga mampu membentangkan Islam sebagai ad-din (cara hidup) yang menyeluruh merangkumi kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara serta antarabangsa. Baginda telah mengajar dan menunjukkan secara praktikal bagaimana beriman dengan sebenar-benar iman iaitu dengan hanya mengambil ALlah S.W.T. sebagai Tuhan yang disembah dan ditaati. Baginda juga telah berjaya mempraktikan hakikat Ibadah, Akhlak & Syariah di dalam kehidupan.

Jadikanlah Rasulullah sebaik-baik ikutan dan contoh kehidupan, niscaya kita akan berjaya di dunia dan akhirat.

Bagi membina sebuah keluarga dan membangunkan anak-anak yang soleh dan solehah, Dr Mohd Zin mengenengahkan 4 perkara penting sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. iaitu;
a. Menjadikan AL-Qur'an dan Hadith sebagai Manhaj (silibus) atau rujukan,
b. Berusahakan menjadikan setiap diri sebagai Murabbi (Pendidik) yang berwibawa di dalam keluarga.
c. Berusaha menjadikan diri sebagai Khudwah Hasanah (Ikutan terbaik) bagi anak-anak.
d. Berusaha mewujudkan Beah Solahah (Suasana yang baik) di dalam rumah.

Di bahagian kedua ceramah, Dr Mohd Zin menjelaskan akan perlunya perjuangan yang ditunjukkan Rasulullah dilihat sebagai suatu kewajipan untuk membantu perjuangan di Palestin di mana hari ini bumi ambiya dan masjidil Aqsa di dalam tawanan zionis Yahudi yang zalim. Tayangan pendek berhubung Palestin dan 4 misi Aqsa Syarif ke Palestin atau Gaza sehingga 2012 dipersembahkan. Umat Islam berkewajipan menghulurkan bantuan bagi memastikan Masjidil Aqsa dibebaskan dan seluruh umat Islam akan berupaya menziarahinya selain dua masjid yang sedia boleh diziarahi iaitu Masjidil Haram dan Masjid-Nabawi.

Dengan bantuan anak-anak, isteri dan Pak Im (Pengerusi JK Belia-Remaja IKRAM Pontian), pamiran, jualan produk dan kutipan dana Palestin dijalankan dipenjuru kemah. Kempen memperkenalkan Ikram-Teen dan Aktiviti Remaja IKRAM turut dijalankan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...