Saturday, 23 October 2010

Gaza Bumi Yang DiRahmati

Hari ketiga di Gaza, saya melihat keberkatan dan kerahmatan Allah untuk penduduk Gaza dan umat Islam sedunia yang menyokong dan membantu perjuangan memerdekakan Palestin dari penjajah haram rejim Zionis Israel.

Sesungguhnya Bumi ini memberi peluang kepada sesiapa yang ingin beramal, bermujahadah dan berjihad kerana Allah.

Ya Allah kurniakan kerahmatan dan kebaikkan untuk aku, keluarga ku, sanak saudaraku, jiran-jrianku, rakan seorganisasi ku, kepimpinan dan ahli-ahli Aqsa As-Syarif, IKRAM, koperasi muslimin, STAIL, SMART dan sekolah-sekolah-sekolah, institusi-institusi Islam di Malaysia seluruhnya dan seluruh dunia. Lembutkan hati-hati kami semua ya Allah untuk terus menyumbang kepada pembebasan bumi Masjidil Aqsa Yang Mulia. Amin...!

GAZA CITY 24 OKT 2010

Monday, 30 August 2010

IKRAM PONTIAN HULUR SUMBANGAN DI MRSM





30 Ogos 2010, IKRAM Pontian telah menghulurkan sumbangan 'duit raya' kepada pelajar-pelajar miskin MRSM Pontian di majlis Khatam Qur'an dan Iftar Perdana MRSM. Majlis dimulai dengan bacaan qur'an, khatam qur'an, nasyid dan ucapan Pengerusi badan Muafakat serta Pengetua MRSM iaitu En Ahmad Kamal Abu Bakar. Sejumlah 37 pelajar menerima sumbangan wang tunai yang disampaikan oleh YDP IKRAM Pontian, PM Dr Mohd Zin Kandar.

Turut Hadir dimajlis ialah Pengerusi JK HRD Tarbiyah, Pengerusi Belia-Ramaja, Pengerusi Keperihatinan Sejagat IKRAM Pontian & Pengerusi JK Pembangunan Masyarakat IKRAM Johor PM Dr Nordin Yahya.

Pelajar MRSM Pontian terdiri 70% penduduk negeri Johor dan 30% dari negeri-negeri lain di Malaysia.

Sunday, 29 August 2010

Semarak Ramadhan Bersama IKRAM: IKRAM Prihatin










Alhamdulillah pada 28 - 29 hb Ogos 2010 telah berlangsung program Semarak Ramadhan Bersama IKRAM di Masjid Kg Parit Masjid Pontian dan sekitarnya. Mulai Sabtu tengah hari suatu gotong royong di antara ahli-ahli IKRAM Pontian dan masyarakat setempat / kari'ah Masjid telah diadakan bagi memasak bubur lambok sebanyak dua periuk besar. Bubur lambok dibungkus di dalam bekas dan diedar ke kawasan sekitar kampung selepas solat Asar. Mereka yang lalu lalang di hadapan masjid juga berpeluang menerima sebungkus/sebekas bubur lambuk IKRAM.

Majlis Berbuka Puasa dan i'tikaf di masjid berkenaan turut diadakan seterusnya qiyamulail dan sahur. Seramai 100 ahli IKRAM seluruh Pontian hadir bersama penduduk kampung, pelajar-pelajar sekolah dan kolej berhampiran.

Pada hari Ahad pagi pula, berlangsung program IKRAM PRIHATIN. Iaitu sumbangan bungkusan makanan (termasuk beras, gula tepung dll) kepada fakir miskin sekitar bandar Pontian. Ia di jangka disertai oleh sekitar 20 Kenderaan dengan dibantu oleh penduduk kampung. Sumbangan kepada pelajar-pelajar miskin dan anak-anak yatim turut diadakan di sekolah agama Tengayun yang turut dihadiri Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah, Guru Besar dan ibu-ibu tunggal.

Paja jam 12.30 tengah hari, satu majlis khas diadakan bagi menghulurkan sumbangan IKRAM kepada saudara-saudara baru di pejabat Darul Ukhuwwah Pontian. Turut hadir ialah Pegawai Darul Ukhuwah Ustazah Nurashikin, Pengerusi badan Kebajikan Darul Ukhuwwah, En Mokhtar Tang Abdullah dan guru-guru serta sekitar 30 saudara baru di sekitar Pontian yang kebetulan sedang mengikuti kelas pengajian.

Kesemua perbelanjaan di atas diperolehi hasil sumbangan ahli-ahli IKRAM Pontian berempena Ramadhan. Ini adalah sebahagian usaha pendidikan ahli-ahai IKRAM bagi merasai keinsafan melalui aktiviti mengumpul sumbangan kewangan dan disumbangkan kepada mereka yang kurang berada. Sebagai pertubuhan yang menekankan pendidikan/tarbiyah kepada ahli-ahlinya, IKRAM berusaha menghidupkan Ramadhan melalui berbagai aktiviti dan melaksanakan program khidmat masyarakat serta sumbangan kepada mereka yang susah dan memerlukan.

Tuesday, 24 August 2010

Semarak Ramadhan Bersama IKRAM: IKRAM Prihatin


Insya Allah pada 28 - 29 hb Ogos 2010 akan berlangsung program Semarak Ramadhan Bersama IKRAM di Masjid Kg Parit Masjid Pontian dan sekitarnya.
Mulai Sabtu tengah hari suatu gotong royong di antara ahli-ahli IKRAM Pontian dan masyarakat setempat / kari'ah Masjid akan diadakan bagi memasak bubur lambok sebanyak dua periuk besar. Bubur lambok akan dibungkus di dalam bekas dan akan diedar ke kawasan sekitar kampung selepas solat Asar.

Majlis Berbuka Puasa dan i'tikaf di masjid berkenaan akan turut diadakan seterusnya qiyamulail dan sahur. Dijangka sekitar 100 ahli IKRAM seluruh Pontian akan hadir bersama penduduk kampung dan sekitarnya.

Pada hari Ahad pagi pula, program dimulai dengan gotong royong membersih kawasan kubur berdekatan masjid. Mulai 8.00pagi akan berlangsung projek IKRAM PRIHATIN. Iaitu sumbangan bungkusan makanan (termasuk beras, gula tepung dll) kepada fakir miskin sekitar bandar Pontian. Ia di jangka disertai oleh sekitar 20 Kenderaan dengan dibantu oleh penduduk kampung.

Kesemua perbelanjaan di atas diperolehi hasil sumbangan ahli-ahli IKRAM Pontian berempena Ramadhan. Ini adalah sebahagian usaha pendidikan ahli-ahai IKRAM bagi merasai keinsafan melalui aktiviti mengumpul sumbangan kewangan dan disumbangkan kepada mereka yang kurang berada. Sebagai pertubuhan yang menekankan pendidikan/tarbiyah kepada ahli-ahlinya, IKRAM berusaha menghidupkan Ramadhan melalui berbagai aktiviti dan melaksanakan program khidmat masyarakat serta sumbangan kepada mereka yang susah dan memerlukan.

Monday, 23 August 2010

Portfolio Jawatankuasa Pusat IKRAM Dibentuk


FRIDAY, 30 JULY 2010 20:44 AZIZ

Jawatankuasa Pusat IKRAM telah membentuk portfolio bagi menyusun gerak kerja IKRAM di peringkat pusat, negeri dan daerah. Sebanyak 16 portfolio telah dibentuk.

Jawatankuasa Pusat IKRAM yang terdiri daripada seramai 21 orang telah dipilih oleh Dewan Perwakilan Nasional.

Jawatankuasa Pusat IKRAM akan mengadakan retreat pada 7 dan 8 Ogos 2010 dan seterusnya akan melakukan lawatan kerja ke seluruh negara pada sepanjang bulan Ramadhan nanti.

Baca lanjut di http://www.ikram.org.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=69:portfolio-jawatankuasa-pusat-ikram-dibentuk&catid=3:terkini&Itemid=65


Sunday, 22 August 2010

Memperingati Peristiwa Sedih Pembakaran Masjid Al-Aqsa




Setiap tahun pada tanggal 21 Ogos, para aktivis Palestin akan memperingati peristiwa sedih cubaan memusnahkan Masjid al Aqsa milik ummat Islam di seluruh dunia. Pelbagai acara di adakan mengikut kesesuaian dan kemampuan. Sambutan besar-besaran di anjurkan oleh IKRAM Selangor / AQSA Selangor dan kerajaan negeri selangor.
MaklumaT lanjut boleh dicapai di sini

http://aqsasyarif.com/video/bebaskan-al-quds/

http://www.facebook.com/SambutanHariAlQudsSedunia?v=wall&ref=mf

http://aqsasyarif.com/artikel/teks-khutbah-sempena-hari-al-quds-negeri-selangor/

Tidak ketinggalan juga para pelajar pelapis pejuang di UTM turut mengadakan program memperingati persitiwa cubaan memusnahkan al-Aqsa. Seramai 250 para aktivis berkumpul mendengar ceramah Palestin yang disampaikan oleh PM Dr Mohd Zin Kandar dari Aqsa Syarif / YDP IKRAM Pontian. Penceramah menekankan peri pentingnya para mahasiswa membina asas kekuatan diri, minda (fikrah) dan semangat (spiritual) melalui aktiviti tarbiyah yang berterusan agar penglibatan dan komitmen di dalam usaha membantu perjuangan Palestin dapat diteruskan.

Pada petang Jumaat tersebut pula diadakan majlis ucap umum di dataran Agora UTM - suatu pentas terbuka yang disediakan untuk para pelajar mengemukakan pandangan dan fikrah terhadap isu-isu nasional maupun antarabangsa. Beberapa orang pemimpin pelajar kehadapan mengutuk keras di atas kedurjanaan regim Zionis ke atas bumi Palestin.

"Memperkasa Ummah - Membebaskan Al-Aqsa"

Madrasah Ramadhan IKRAM Prihatin Daerah Pontian


Semua Kamum Muslimin/Muslimat yang tinggal di sekitar Pontian dijemput ke majlis berikut...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...