Monday, 21 June 2010

Pelancaran IKRAM di Media Perdana 03

Teraju Dakwah Bersepadu, Ikram Mengorak Langkah

Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) berhasrat menjadi pertubuhan massa yang terbuka dan saling bekerjasama dengan badan Islam lain bagi meningkatkan keberkesanan usaha dakwah dan tarbiyah di negara ini.

Presiden Ikram, Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad menyatakan demikian ketika sidang media sempena pelancaran IKRAM di Pusat Konvensyen Antarabangsa The Mines di Serdang hari ini.

Majlis pelancaran IKRAM berlangsung gilang gemilang dengan kehadiran lebih 3,000 ahli dan tetamu kehormat di Dewan Persidangan.

Ikram didaftar pada 22 Oktober 2009 dan memiliki lebih 3,500 ahli dari 69 cawangan.

"Kita satu pertubuhan massa yang terbuka. Kita akan melihat titik-titik perhubungan yang kita boleh kerjasama. Mana tak dapat kerjasama, pilihlah jalan masing-masing, kita saling memaafkan. Tapi kita akan cuba memperbanyakkan titik pertemuan

"Ada dialog antara kita dan mereka. Pintu kita terbuka, kita mahu pintu mereka juga terbuka, kata Dr. Mohd Parid

Katanya, Ikram menjadi madah untuk gerakan arus perdana dakwah yang sebelum ini kelihatan terpinggir lantaran tiada gerakan bersepadu secara besar-besaran.

"Ikram menyatukan kerja dakwah yang diusahakan ahli melalui pelbagai nama. Dengan tertubuhnya Ikram, kegiatan seperti dakwah kepada bukan Islam, pendidikan, wanita, remaja, kebajikan dan hak asasi manusia, digabung dan diperteguh," katanya.

Beliau yakin latar belakang Ikram yang menganggotai pelbagai NGO dapat membantu program dakwah sampai ke setiap lapisan masyarakat.

"Ikram bergerak dalam masyarakat menerusi dakwah. Kita bangunkan kesedaran umum, bangunkan pendapat awam, menyokong formula yang digunakan untuk selesaikan masalah. Yang mustahak nak lahirkan bangsa Malaysia yang terpelajar," katanya.

# Sumber : TV Selangor

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...