Al:Hadid: 10.;
وَمَا لَكُمْ أَلَّا تُنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلِلَّهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ لَا يَسْتَوِي مِنْكُمْ مَنْ أَنْفَقَ مِنْ قَبْلِ الْفَتْحِ وَقَاتَلَ ۚ أُولَٰئِكَ أَعْظَمُ دَرَجَةً مِنَ الَّذِينَ أَنْفَقُوا مِنْ بَعْدُ وَقَاتَلُوا ۚ وَكُلًّا وَعَدَ اللَّهُ الْحُسْنَىٰ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Dan mengapa kamu tidak membelanjakan harta benda kamu pada jalan Allah? Padahal Allah jualah yang mewarisi langit dan bumi (serta segala isinya). Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi menguasai Mekah). Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah janjikan (balasan) yang sebaik-baiknya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu kerjakan.
Al-Ahzab: 23
Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.
Seorang muslim, apatah lagi ahli sesebuah organisasi Islam seperti IKRAM, adalah seorang muslim yang bermal. Bukan Islam sekadar teori sahaja, tetapi juga memiliki keyaninan yang mantap dan melahirkan amalan.
Banyak jenis amalan di dalam Islam, bagi IKRAM, amalan yang qowi (kuat) ialah amalah yang berpaksikan ubudiyah-lillahiwahdah (ikhlas, jelas dan semata-mata kerana akidahnya iaitu memenangi keridhaan Allah swt).
Oleh itu ahli-ahli IKRAM mesti melalui proses tarbiyah yang istiqamah dan di dalam pelbagai makanisma bagi mengupayakan semua ahli-ahlinya memiliki akidah yang mantap, akhlak yang baik dan ibadah yang benar.
Masyarakat secara amnya ramai yang dahagakan bantuan dan pertolongan. Bantuan untuk boleh mengenali Islam dan beramal dengan amal Islam yang syumul sama ada diperingkat individu, keluarga, komuniti dan masyarakat.
Oleh itu jom... teruskan dan tingkatkan amal jama'i kita.
No comments:
Post a Comment