Monday, 7 November 2011

Ceramah Palestin di Sekolah Men Pt Betak & Pembentuk Sukarelawan Sayangkan Palestin


Pelajar-pelajar ting 3 yang beru tamat peperiksaan PMR telah mendapat pengisian dan pendedahan mengenai isu Palestin dan misi bantuan A2G & A2G2 yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar. Berlangsung di Sek Men Keb Pt Betak Benut Pontian pada 12 Okt 2011.

Ceramah yang bertajuk "Palestin Yang Kami Sayangi" melontarkan beberapa persoalan ... mengapa kita perlu sayang Palestin? Apa signifikannya Bumi Palestin ? dan beberapa soalan lain. Program ini menjurus kepada pelan tindakan dengan tujuan untuk melatih murid-murid menyertai perjuangan membantu Palestin.

Bermula dengan menayangkan beberapa Stem Hari Pertama yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia pada 21 Ogos 1978 dan 21 Ogos 1982 sebagai sokongan malaysia terhadap Palestin bersempena peristiwa sedih cubaan zionis membakar masjiddil Aqsa. Perjuangan menyokong perjuangan Palestin bukan perkara baru, malah malaysia sudah sekian lama melibatkan diri. Cumanya ramai dikalangan remaja kini kian lupa ... dan perlu diperingatkan akan peri pentingnya menyambung perjuangan agar Palestin dapat dibebaskan dari jajahan zionis Yahudi.

Ceramah ini mengajak para pelajar lepasan PMR untuk bersama-sama mengisi masa selepas peperiksaan untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan melalui kempen Kesedaran Sayangkan Palestin dikalangan masyarakat.

Selepas ceramah tamat, para pelajar terus ditawarkan peluang membawa tabung-tabung Palestin keseluruh bilik-bilik darjah dan seluruh sekolah. Alhamdulillah mereka begitu gembira menyahut tawaran dengan penuh kegirangan dan semangat.

Alhamdulillah, mereka akan menjadi sukarelawan Aqsa Syarif yang akan membantu dalam penganjuran ceramah-ceramah di sekolah-sekolah dan masjid-masjid di sekitar mukim Benut & Rengit sebagai sebahagian dari aktiviti Ko-K mereka Insya Allah. Usaha ini akan diselaraskan ddengan pihak sekolah.


Selain penjelasan mengenai sejarah dan realiti yang berlaku di Pale
stin serta pengalaman penyertaan wakil Malaysia di dalam konvoi kemanusiaan jalan darat pada tahun 2010 dan misi kemanusiaan Ramadhan pada 2011, para pelajar juga didedahkan mengenai peranan pelajar diperingkat individu agar sensitif terhadap perancangan Yahudi merosakkan remaja-remaja seluruh dunia khususnya remaja Islam dengan pelbagai hiburan. Isu pemboikotan khususnya makanan seperti Mc D, Coca Cola dan Nastle juga menjadi penumpuan di dalam program setengah hari yang disampaikan bekas pelajar sekolah ini.

Kebetulan pula penceramah program ini adalah merupakan bekas pelajar sekolah ini dan dua rakan beliau kini mengajar di sekolah ini iaitu Cikgu Saadon Saim dan Cikgu Md Zin Erjam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...