Monday 11 April 2011

Daurah ahli-ahli di Pejabat IKRAM menarik



Ahad 10 Apr 2011 telah berlangsung daurah tarbawi ahli-ahli IKRAM Pontian di pejabat IKRAM pontian, bermula dari 9.20am hingg 12.50pm. Dua tajuk pengisian telah dibentang dan dibincangkan yang disampaikan oleh Dr Mohd Zin Kandar - Permasalahan Ummat dan Dr Zaharuddin - Kepentingan Tarbiah.

Perbincangan tajuk pertama tertumpu kepada sejarah ringkas dakwah Rasulullah dan bagaimana ummah Islam di bawah didikan Rasulullah berkembang dan berjaya menarik masyarakt dunia untuk menganutinya. Namun di atas kecuaian ummat selepas itu dan bersungguhnya perancangan musuh-musuh, akhirnya ummat menerima nasib malang dan banyak negara-negara Islam di jajah. Krisis demi krisis dihadapi ummah sehingga ke hari ini, ummah masuh sukar untuk bangun melaksanakan Islam yang syumul.

Tajuk ke dua menjelaskan dengan terperinci pengertian tarbiah, kepentingan dan signifikannya tarbiyah di dalam membangun peribadi Muslim, keluarga muslim dan masyarakat muslim. Kisah dan kejayaan masyarakat Islam awal di bawah bimbingan Rasulullah SAW adalah contoh terbaik bagaimana natijah dari program tarbiyah itu berjaya dilaksanakan dan berjaya menghasilkan natijah-natijah amal Islami yang mulia dan hebat.

Daurah bulanan ini adalah sebahagian dari program khas yang disusun untuk memberikan pengisian dan pendedahan kepada anggota-anggota IKRAM yang baru menyertai pertubuhan ini. Tarbiyah di dalam pertubuhan IKRAM di jalan dipelbagai bentuk seperti Usrah, Daurah dan lain-lain.

Para peserta lazimnya akan didedahkan dengan konsep-konsep kefahaman Islam yang asas dan konsep pembangunan individu yang akan berupaya memiliki ciri-ciri muslim sejati. Tahniah kepada Jawatankuasa Tarbiyah IKRAM Pontian di atas usaha tersebut dan tahniah kepada ahli-ahli yang hadir.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...