Friday, 1 April 2011

Mesyuarat Agung Daerah Ikram Pontian







Mesyuarat Agung Daerah (MAD) kali ke 2 IKRAM Pontian telah selamat diadakan pada Sabtu, 26hb Mac 2011, bertempat di Dewan Seminar, Masjid Jamek Pontian.

Ucapan telah disampaikan YDP IKRAM Pontian, PM Dr Mohd Zin Kandar menyentuh beberapa perkara asas mengenai misi mengapa IKRAM ditubuhkan.

Dimulai dengan firman Allah yang menyentuh betapa sayangnya Rasulullah SAW di datangkan sebagai nabi terakhir yang sangat memiliki sayang kepada ummat manusia agar manusia beriman; Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan olehmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin” [At-Taubah : 128].

Sifat tersebutlah yang seharusnya menjadi pakaian ahli-ahli IKRAM yang sentiasa menginginkan sesiapa sahaja disampingnya beriman dan berusaha untuk mengajak rakan, taulan dan sesiapa di sekeliling kita mendapat tempias iman.

Bagi menjalankan misi tersebut, Allah juga memberi jalan berikut; Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).’ (Al-Ahzab 21).

Kehebatan Rasulullah tercerna di dalam keseluruhan hidup baginda. Lihatlah di dalam kehidupan baginda;

uPribadi
uKeluarga
uSahabat-sahabatnya
uDalam mengurus jamaah
uDalam mengurus negara
uDalam mengurus bala tentera
Itulah contoh ikutan terbaik buat kita ahli-ahli IKRAM.
Untuk mencapai upaya seperti itu, atau setidak-tidaknya ingin mendekati kualiti tersebut, prasyaratnya ialah perlunya mujahadah dan jihad dari dalam diri. Bermula dengan mujahadah melawan nafsu untuk mendidik hati dan pemikiran dengan bahan-bahan bersumberkan Qur'an dan Sunnah.
Pertubuhan IKRAM telah memangunkan pelbagai modul untuk dilalui oleh semua ahli-ahli. Sambil para ahli melalui modul-modul dakwah dan tarbiyah IKRAM, sebarluaskan juga kepada masyarakat di Potian khususnya. Ramai yang sedang 'menunggu-nunggu' menantikan mereka diberitahu dan diajak untuk mengikuti modul atau manhaj yang dimiliki IKRAM.
Seterusnya para hadirin dibawa merenung kepada ayat berikut; "Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?, Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)., (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar" .
Di dalam surah lain dijelaskan Allah akan signifikannya amal dan mujahadah setiap hamba-hamba Allah; Al-Ankabut [29:6] ”Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk”.
Di dalam ucapan YDP, beliau turut mengucapkan terima kasih di atas usaha-usaha dan kerja-kerja yang digemblingkan oleh semua Jawatankuasa dan ahli-ahli sehingga IKRAM dikenali di dalam Masyarakat. Mudah-mudahan apa yang telah dilakukan menjadi titik tolak masyarakat mengenali Islam dengan perspektif yang lebih sempurna, seterusnya mencintai dan mengamalkan Islam sebagai carahidup (Ad-din). Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh PM Zakaria Yusof sebagai pengerusi tetap dan setiausaha agung iaitu Ust Suhaimi Jari, turut membentangkan aktiviti-aktiviti sepanjang 1 tahun yang lalu yang berjaya dijalankan. Turut dibentangkan ialah laporan kewangan oleh bendahari IKRAM Pontian, PM Dr Wan Saridan. MAD tahun ini tidak dijalankan pemilihan kerana pemilihan jawatankuasa hanya di adakan sekali setiap dua tahun sebagaimana yang tertera di dalam undang-undang tubuh IKRAM.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...