Friday, 22 April 2011

Khatibah Bulanan (April 2011) Berjalan Lancar





Khatibah yang merupakan program bulanan IKRAM daerah Pontian diadakan dengan jayanya bulan ini. Bagi ahli-ahli IKRAM wanita Pontian (akhawat), ianya telah di adakan di Taman Pulau Indah pada 19hb April 2011. Pengisian oleh Ustaz Suhaimi Jari membawa tajuk "al-qu'ud" (meninggalkan amal Islami). Ini merupakan buat pertama kali tajuk ini disampaikan dan akhawat yang hadir begitu puas dan terasa terisi.

Manakala untuk ahli-ahli dikalangan ikhwah (laki-laki) khatibah bulan ini diadakan di Pejabat IKRAM Pontian. Bermula dengan solat Isya' berjamaah, kemudian diikuti dengan membaca zikir/wirid mat'surat jamai, bacaan suarh al-Mulk dan seterusya acara pengisian oleh Ust Suhaimi Jari.

Tajuk yang disampaikan ustaz ialah "Mengenali Tanda-tanda Kelemahan Iman dan Bagaimana Mengatasinya". Di antara sebab-sebab kelemahan iman ialah orang munafiq, orang kafir, syaitan dan nafsu yang ada di dalam diri. Oleh itu para ikhwah diingatkan akan musuh-musuh diri yang ingin menjaga keimanan kita. Jika dibiarkan diri ini dengan melayani musuh-musuh iman, berkemungkinan lama kelamaan akan kecundang orang-orang mukmin dan iman kita boleh menurun. Oleh itu usaha dan mujahadah adalah langkah mendepani ujian-ujian diri untuk beriman.

Perkara penting di dalam melawan agar iman tidak mudah ditewaskan ialah dengan bergaul dengan orang-orang yang solah atau suasana-suasana yang soleh. Suasana soleh seumpama berada di dalam sistem tarbiyah iaitu usrah mingguan, khatibah bulanan, amal fardi (zikir, matsurat, solat, tilawah dll), muqayam, berdakwah dll adalah di antara kaedah-kaedah efektif untuk menjaga iman.

Setiap orang yang beriman sememang sentiada dicabar oleh persekitaran yang ada hari ini. Oleh itu orang-orang yang beriman perlu banyak mujahadah. Sentiasa memohon pertolongan dan bantuan Allah ketika berseorangan mahupun ketika berjamaah. Allah sangat dekat dengan kita dan perlu kita sentiasa rasai Allah sayangkan kita. Cuma perlulah kita sentiasa merasai kehadiran dan kebesarannya.

Kesimpulannya, tanda-tanda kelemahan iman memang dapat kita kenali di dalam diri dan jika mulai menyerang diri kita, bersegeralah melawannya khususnya melalui penglibatan di dalam aktiviti-aktiviti tarbiyah dan dakwah.

Khatibah kali ini turut disertai oleh anak-anak ahli dari kalangan remaja dan pemuda. Alhadulillah dan semoga ikhwah, akhawat dan keluarga sentiasa diberkati Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...