Friday 6 August 2010

WARGA MRSM PERIHATIN PALESTIN







6 Ogos 2010 mencipta sejarah di MRSM Pontian, bilamana pelajar-pelajar remaja di MRSM mengembling tenaga bersama Aqsa Syarif, guru-guru dan penaja yang budiman berjaya menganjurkan MALAM AMAL RINTIHAN SAUDARAKU PALESTIN. Ini adalah salah satu aktiviti seminggu ko-kuriklum MRSM. Di adakan di dewan besar MRSM dan dihadiri hampir 1000 pelajar dan penduduk setempat, majlis dipenuhi dengan ceramah Palestin oleh Yang Bhg, Dr Fauziah Mohd Hasan (Aktivis Aqsa Syarif Malaysia dan seorang Pakar Perubatan), PM Dr Abdull Rahim Yusof (Aqsa Syarif Johor) dan persembahan Nsayid yang mantap oleh MUAZ.

Ceramah Palestin dipersembahkan bersama tayangan media menjelaskan sejarah dan kekejaman rejim Israel laknatullah yang tidak henti-henti menyakiti, membunuh, mencedra dan ingin menghapuskan rakyat palestin dengan 1001 macam kezaliman. Namun tidak semudah itu bagi rakyat Palestin dan pencinta keamanan mengalah dan menyerah dari konspirasi Zionis Terrorist Dunia itu. Umat Islam, malah mereka yang berperikemanusiaan, tidak akan berhenti berganding bahu menyokong dan membantu perjuangan rakyat Palestin.

Bagi para pelajar MRSM dan warganya, beginilah agaknya azam dan semangat yang membara'''

"Walaupun Al-Aqsa berada dikejauhan, namun semangat dan kebersamaan rakyat malaysia, khususnya warga MRSM Pontian tetap dapat mendengar 'rintihan saudara ku Palestin'. Oh Palestin saudara kami .... kami semua bersama mu !... Kami akan terus berjuang dan berdo'a untuk yang terbaik bagi mu. Kami akan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk membantumu.

Hari ini, malam ini, di saat ini adalah titik permulaan kami... Insya ALlah langkah kami akan terus kehadapan ... berada di belakangmu wahai saudara-saudaraku Palestin. Kami akan terus melangkah saban tahun untuk berjuang bersama-sama rakan-rakan dan NGO atau sesiapa sahaja membantumu."

Majlis yang istimewa, turut di hangatkan dengan persembahan beberapa buah nasyid yang membangunkan semangat juang dan keinsafan. Abang MUAZ Dzulkifli, seorang artis nasyid yang tak asing, turut menyumbang menaikkan semangat para pelajar untuk terus berjuang membantu saudar Palestin yang sedang berjuang.

Sejumlah RM7000.00 berjaya dikumpul melalui sumbangan para pelajar, keluarga pelajar, masyarakat Pontian dan orang perseorangan melalui program ini. Cek diserahkan melalui wakil AQSA. Turut membantu dan memeriahkan majlis ialah para petugas Aqsa Syarif Pontian dan ahli-ahli Pertubuhan IKRAM cawangan Pontian.

Tahniah kepada Pengetua MRSM Pontian, para guru pembimbing, para JK pelajar dan semua warga MRSM. Jasamu dan keikhlasanmu dicatat dan akan diganjari oleh ALlah swt.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...